Percikan air membasah ke pipi. dia membiarkan pipinya sejuk dijamah dingin air terjun. Subhanallah damao sungguh berada di puncak. di temani suara alam dan unggas tingkah-meningkah. pandangan matanya segar melihat kehijauan ciptaan Allah. Ciptaan Allah tiada tandingnya. kejadian alam yang penuh kesempurnaan dan keindahan buat titipan bagi insan yang ingin merenung dan berfikir.
Matanya merenung tajam tujahan air terjun yang deras menghasilkan percikan yang kuat. dia yang duduk di tepian turut terasa tempiasnya.
dia melihat batu-batan yang ada di situ.
ada yang besar dan kecil. pelbagai warna dan corak yang menarik.
fikirannya tiba-tiba terfikir tentang hati. melihat tanah dan batuan di situ mengamit ingatannya tentang soal itu. hati, seketul daging yang dibekalkan Allah kepada Manusia sebagai raja bagi segala anggota. tempat letaknya iman dan juga takwa.
tempat bersarang cinta Ilahi. hati yang tertarik kepada Allah akan selalu ingat kepadaNYA. hati yang dipenuhi noda akan tertarik pada bisikan syaitan!
hati yang mati tertutup untuk ingat padaNYA.
hati yang menerima cahaya dan petunjuk Ilahi umpama tanah yang lembut dan mampu menyerap air. tanah yang boleh menakung air, dapat memberi manfaat kepada orang lain di sekitarnya. namun tanah yang keras tidak mampu menyerap cahaya hidayah.
ia umpama hati yang sengaja ditutup daripada kebenaran iaitu hati orang kafir yang keras seperti batu atau lebih keras daripada itu.
dia tidak ingin hatinya mati kerana dia tahu insan begitu umpama memiliki jasad yang tiada roh.
sudah tiada ertinya lagi.
hatinya perlu dipugar, digilap, dan dibajai dengan cahaya iman.
cahaya iman penyuluh hati yang mati....
wa`allahualam.....
Semoga..rakan2..dapat mengambil iktibar....
renung-renungkan...dan selamat beramal!
rujukan : gen q...
tuan blog : HM
No comments:
Post a Comment