Sihir dari segi bahasanya bermaksud sesuatu yg tersembunyi dan halus. Ia adalah perbuatan (atau kejadian) luar biasa yg dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus...
Abu Muhammad al-Maqdisi mendefinasikan sihir sebagai azimat, jampi, mantera dan simpulan ditiup yang memberikan kesan kepada hati dan tubuh. Sihir boleh menyakiti, membunuh dan memisahkan suami isteri.
Allah SWT mengiktiraf kewujudan sihir ini dan menceritakan kepada kita beberapa ciri sihir ini dalam al- Quran antaranya adalah kemampuannya memecahbelahkan rumah tangga. Firman Allah :
(Maafnya pembaca...ana susah nak tuliskan potongan ayatnya, sebab tak tahu nak click kat mana nak cari untuk tulis)
yang bermaksud : "Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya."
(Surah al-Baqarah 2: 102)
Menyedari besarnya pengaruh dan kesan sihir ini kepada manusia dan kemusnahan yang boleh dilakukannya Allah memerintahkan agar kita berlindung daripada bahaya ini. Justeru hanya Allah sahaja tempat kita berlindung. Firman Allah :
Maksudnya : "(Aku berlindung) daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghempus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)."
(Surah al-Falaq 113 : 4)
Namun begituAllah juga menjelaskan bahawa sebenarnya sihir ini tidak akan berkesan melainkan dengan izin Allah. Syaitan dan jin yang digunakan tidak sesekali berkuasa bagi mengenakan sihir ke atas manusia. Firman Allah :
Maksudnya : "Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan ) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah."
(Surah Al-Baqarah 2 : 102)
Hasil Coretan ...
HM
No comments:
Post a Comment