"masuk kandang kambing mengembek... masuk kandang harimau mengaum..."
>Shaira <
Menjelang tahun baru...
memang susah Shaira nak berpisah dengan rakan-rakannya kerana dia akan berpindah ke johor bahru...
suasana dewan agak bingit dan memeningkan di sebabkan pendaftaran kemasukan sekolah...
yang lagi menambah menyakitkan kepala...
bapa shaira tidak dapat mengikuti Shaira kerana ada mesyuarat penting di Putrajaya katanya...
"Assalamualaikum... pelajar baru ka?" tiba-tiba Shaira di sapa oleh seorang budak lelaki kerana kebayakannya semua pelajar lama, rasanya bukan budak tetapi senior... boleh tahan macho...
"Wa`alaikumusalam... err... ya" balas shaira...
"oh... mana ibu bapa? atau memang datang seorang?" tanya dia lagi....
"seorang sahaja... bapa ada kerja...tak dapat datang" balasku sambil sempat mengerling tag namanya 'Kkairul Kamal Iwan' dan di bawahnya ada tulis jawatannya 'Pengawas'....
"oh anyway... i`m Khairul Kamal Iwan... just call me anything that you like...from 4 A1 and you?" kata Khairul Kamal Iwan yang perasan Shaira memandang tag namanya.
"anything? hurm... camtu patung ke kucing ke boleh lah ni? oh...saya tengah mencari 3 A1 ..."
"errkk...ahahhaha.... tak ada lah sampai macam tu... ooo...kelas 3 A1 kat sebelah sana" katanya sambil menguntum senyuman yang manis
"kalau macam tu Kamal..... saya nak pergi daftar ya... syukran.."
kataku sambil melambaikan tangan kepadanya..
"ya...afwan...ahlan bik lagi..." katanya sambil membalas lambaianku dan kembali bertugas sebagai melayan ibubapa di muka pintu dewan.
Di kelas....
Guru kelasku.... Puan Salmah Mansor (cikgu Salmah) membawaku ke kelas 3A1 disebabkan aku pelajar baru....
beberapa tempat di bangunan yang berdiri megah itu juga sudah di perkenalkan..
Terpampang 3A1 di pintu kelas..
hati ku berdebar-debar tatkala menjejakan kakiku di kelas tersebut...
aku hanya menjalan dengan menunduk ke bawah....
"Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu!" bergema kelas tersebut apabila cikgu Salmah masuk...
"ya pelajar-pelajar... anda dibenarkan duduk...... sekarang cikgu akan memperkenalkan kawan baru anda semua.... Nur Shaira Amira Adawiyah binti Muhammad" cikgu salmah memperkenalkan...
"Shaira sila kenalkan diri anda kepada pelajar semua..." kata Cikgu salmah sambil menepuk lembut di belakangku seperti tahu -tahu akan kegugupanku...
aku membetulkan spectku yang berwarna ungu...
aku mengangkat muka sambil berbicara
"Assalamualaikum rakan-rakan.... saya Nur Shaira Amira Adawiyah binti Muhammad dari Bulit Mertajam, Pulau Pinang dan sila beri tunjuk ajar.." kataku sambil melirik riaksi mereka...
ya..mereka kelihatan peramah dan tidak sombong...
namun, hatiku tertarik kepada seorang lelaki yang sedang asyik membaca buku yang duduk di sebelah tingkap..... yang menyebabkan aku tertarik kerana dia kelihatan skema!
rupa-rupanya ada juga budak skema di kelas ini.... desis hatiku,..
“ok, Shaira awak duduk di sebelah Muhammad Aidil Hafizi di belakang sana”
Kata-kata cikgu salmah menyentak lamunanku.
Selepas cikgu salmah memberi tahu kedudukan tempatku…
Aku berjalan perlahan-lahan kerana aku tidak mengenali siapa Muhammad Aidil Hafizi.
Namun mataku memandang ada sebuah tempat kosong di sebelah budak skema itu! Lalu aku bertanya kepadanya
“adakah awak Muhammad Aidil Hafizi?” si skema yang sedang asyik membaca buku setebal kira-kira 500 muka surat itu mengangkat wajah sambil membetulkan spectnya yang hampir terjatuh dari batang hidungnya… dan mungkin terkejut akan sapaanku..
“ya… saya… panggil Aidil sudah memandai” katanya..secara langsung memperkenalkan dirinya kepadaku
Lalu aku melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengannya…
Dan aku agak kekok akan suasana kelas itu serta kena duduk di sebelah lelaki!
Sesudah cikgu salmah keluar dari kelas tersebut..
Aku melihat, mereka semua mengeluarkan buku subjek mathematic, subjek kegemaranku…
“Aidil….lepas ni maths ya?” soalku kepada Aidil yang turut mengeluarkan buku Maths
“A`ah… bawak buku tak?” soalnya kepadaku kembali…mungkin disebabkan aku pelajar baru dan tiada jadual
“bawak” kataku seraya turut melakukan hal yang sama..
Aku dapat merasakan akan disiplin sekolah ini yang tinggi walaupun sekolah ini hanya di tengah kampung..
Bunyi tumit seperti askar berjalan kedengaran
Berdebar-debar hatiku… dan tertanya-tanya…siapakah bakal guru mathsku itu?
Sebaik sahaja seorang guru lelaki yang memakai tag nama ‘Anuar’ itu melangkah masuk ketua tingkatan memainkan peranan
“Assalamualaikum dan selamat pagi ckgu!” sekali lagi bergema dan melantun2 suara penghuni kelas itu.
Rupa-rupanya guru maths aku itu seorang bekas tentera!
Mestilah tegas!
Sewaktu dia mengajar… suasana sunyi…
Dan hanya suara cikgu Anuar yang garau itu berbunyi.
“saya hanya memerlukan sebuah buku tulis kotak iaitu 200 muka surat”
bersambung.....
Tinta pengarang..
: sila komen nya...ana harapkan komen anda...
walaupun ana tahu....tak sesedap mana...
cam merepek or manual sangat kan?
hahaha.. :) komen ya..jgn lupa! (jujur ya komen anda...)
Like it!
ReplyDeletekamsah mida... hahahaah....
ReplyDelete